... CORETAN KEHIDUPAN....

...andai saja aku bisa mengetahuinya...

Total Pageviews

OUCAK!!!

Saturday, January 29, 2011

NASI KERABU

NASI KERABU

BEST TAK NASI KERABU??? SIAPA YANG SUKA SILA ANGKAT TANGAN....HAHAHHA...

Nak story sikit tentang NASI KERABU yang sering menjadi santapan orang-orang di timur terutamanya di TERENGGANU & KELANTAN...Perrghh!! sodap...! 

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang (bunga yang berwarna biru) yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Teringat pula masa belajar dulu, rombongan dari Melaka datang ke Telekom di Rusila, Terengganu. Mereka ada majlis di situ. Nak dijadikan cerita yang drebar bas ni p kedai makcik Leha (warung kopi). Kebetulan masa tu, aku & genx aku p makan pagi di sana, dan aku perasan pakcik tu (drebar bas) tengok dengan kehairan kat makanan aku (nasi kerabu). Pak cik tu pun tanyalah " Adik makan apa tu? ada ulam yang banyak, nasi pulak warna biru??"...Masa tu, tergamam(blur kejap)..mana taknya..aku ni pun baru je blaja makan nasi kerabu ni..aku ingatkan makanan ni ada di mana-mana di seluruh Malaysia..ala, macam nasi lemak, nasi minyak..rupanya tanggapan aku salah..ahahha..lucu pulak..pakcik tu tanya aku, tapi ak bertanya pulak pada dye..haha..Lastly, aku cakap pada pakcik tu, tryla makanan ni..sedap...(bahagian promote)..hehhe..ternyata...pakcik tu "thumb up" kat aku..First time la katakan. Ternyata sedap makanan ni..so, sape2 tak pernah makan nasi kerabu ni, selamat mencubalah..ternyata superb!





>>>> tapi, kalau yang tak suka ulam2 ni, komfem tak makan kan?? hehhe..terpulang pada individu...alamak!! terliuq plak dah...huk3

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

halwa telinga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Jom Berehat Sebentar @

bar

rainbow link