... CORETAN KEHIDUPAN....

...andai saja aku bisa mengetahuinya...

Total Pageviews

OUCAK!!!

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Monday, January 31, 2011

KEK BLACK FOREST

sumber : google

sumber : google

Macamana?? terbuntang tak mata kalian semua?? hahha...sedap kan..menarik jep...Tercetusnya aidea nak buat entry ni coz terliuqlah...hahaha
nak kongsi cikit resepi KEK BLACK FOREST....

>>>Aku yg duk sini yang mengadap gambar kek ni pun terliuq duk tengok lama-lama...adoyai...


Bahan-bahan ( Saiz 9" )

  • 120 gm gula kastor
  • 100 gm tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
  • 20 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 10 gm ovalette
  • 20 gm air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
  • 1 sk esen vanila
  • 20 ml minyak jagung (saya cairkan mentega)
  • Untuk hiasan : Nondiary whipping cream (dipukul sehingga kembang-saya tidak guna banyak, takut muak), Jem blueberry (buah) Ceri merah, Chocolate rice (sorilah campur-2 bahasa)

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
  2. Perlahankan putaran, masukkan minyak.
  3. Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  4. Sejukan kek, potong 2 lapisan. Sapu krim dan letakkan beri.
  5. Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim. Saya memang sapu sedikit.
  6. Hiaslah mengikut citarasa kita.

SUMBER : GOOGLE (MY RESEPI)

Friday, January 28, 2011

WATAK & KEPERIBADIAN MENGIKUT HARI KELAHIRAN

SALAM JUMAAT
BAGI ORANG TIMUR..HARI NI DAH WEEKKEND..
HAHAHA....

NAK POST ENTRY TENTANG TAJUK DI ATAS..
MOHLEW KITA NENGOK...



HARI AHAD
Pandai bergaul, disukai ramai, berjiwa besar, suka merendah diri, pandai berbicara, dan dapat mengatasi masalah dengan baik.

HARI ISNIN
Tak bakhil (kedekut), ikhlas hati dalam memberi, pemboros, senang menegakkan kebenaran, mudah tersinngung, dan kurang pandai berbicara.

HARI SELASA
Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, bekeng (pemarah), tidak sabar dan egoistik.

HARI RABU
Pendiam, tetapi apabila sudah bercakap/berbicara tidak terduga (petah), tidak suka mencampuri hal orang lain (jaga tepi kain orang), baik hati, suka menolong orang dan murah rezeki.

HARI KHAMIS
Pendirian tidak tetap, suka dipuji, mudah beremosi, mudah termakan pujuk rayu, dan kurang sabar.

HARI JUMAAT
Disukai orang ramai, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang berguna dan suka mempelajari ilmu pengetahuan.

HARI SABTU
Giat bekerja, pandai mencari rezeki, disegani orang ramai, pandai menyesuaikan diri, dan boleh menyelesaikan masalah yang menjadi tanggungjawabnya dengan baik.



>>> Hanya sekadar ramalan..toksah percaya lew 100%.... =)







Thursday, January 20, 2011

BUATKU TERGODA

Petang tadi, bushan sesangat sampaikan tak tahu nak buat apa. Lepas tu, p jenguk-jenguk ke dapur..hehe..U ol guess what???.......sesuatu yang menarik...! Nak tahu??? JOM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SESI DI DAPUR:


Time ni sesi meletakkan adunan di dalam cup..
sila tengok ~~ hahha




Tada...sikit je masukkan adunan ke dalam cup tu coz sat2 lagi adunan tu akan kembang selepas masuk dlam ketuhar..cewah..("mereka"menunggu masa untuk di bakar..tolong2!! haha)




 Kira-kira 25minit selepas itu, ha..ni la hasilnya selepas dibakar...





Yang kat atas ni..Chef Balqis. Pakar dalam bab-bab merasa dan makan cupcake ni.
Tengoklah tu..comotnyyyer...maklumlah chef tuh...hahha..






DAN YANG LAST SEKALI
.
.
.
.
.
.
HASILNYA....
TENGTEDENG!!!

hahha..hambeklah mane yang berkenan..selamat menelan airliuq..haha =)
cuci mata udah lew..hehhe....










Thursday, December 23, 2010

Kuih Tepung Bunga (TRADISIONAL)

Mai2 akak2, adik2, abang2....buat resepi ni di petang hari..simple je ni....bahan-bhana pun yang basic punyer...senang dapat...hehehe....
SELAMAT MENCUBA!




Kuih Tepung Bunga



  • Bahan-bahan :
       > Tepung pulut
       > Gula
       > Telur ayam
  • Cara-cara :
  1. Cari 1 bekas untuk dibuat adunan khas untuk tepung pulut. Masukkan air ikut suka suki anda tapi jangan biarkan adunan anda tu cair seperti nak buat lempang lempeng. Cukup sekadar adunan tu pejal sedikit ( tak cair n tak jugak pejal sgt, okeyy?? )
  2. Pecahkan 2 or 3 biji telur. Lepas tu,kacau macam nak buat telur dadar 2.
  3. Lepas 2, gentel-gentel adunan (tepung pulut) n then penyet-penyetla ckit (jadi leper cikit)
  4. Celupkan yang "dipenyet-penyet" tadi ke dalam telur yang sudah ciap menanti. =p
  5. Panaskan kuali dengan minyak sapi masak, lepas tu gorengla.
  6. Bila dah nampak kekuningan 2, angkat n letak pada suatu bekas untuk disejat minyaknya.
  7. Tepung bunga yang ciap digoreng, digaul bersama-sama dengan gula n taaaraaa...da ciap!!




p/s : maafla ye kalau saya gunakan bahasa rojak ni..maklum jela..tak pandai macam chef2 yang pakar diluaq sane...hehhehe =p                

Popular Posts

halwa telinga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Jom Berehat Sebentar @

bar

rainbow link